Pakej-pakej Yang Ditawarkan:
Bersesuaian dengan nama kami sebagai “The Organization Doctor” atau singkatannya TOD4U, setiap peserta yang mengikuti Program “Culture Of Champion” atau nama singkatannya COC dianggap sebagai pesakit organisasi yang dimestikan untuk melalui salah satu, sebahagian atau kesemua peringkat rawatan berperingkat yang dikenali sebagai 5K, iaitu Peringkat Kesedaran, Kehendak, Keilmuan, Kebolehan dan Kelestarian.
5K adalah 5 peringkat yang digunakan oleh TOD4U selaku doktor pakar yang mengubati penyakit organisasi bermula daripada proses mengenalpasti penyakit dan punca, memberikan sesi rawatan susulan yang perlu dilalui oleh organisasi tersebut sehingga kepada proses pencegahan agar sakit yang sama tidak akan datang kembali dan organisasi dapat kekal maju di dalam pasaran.
5K akan digunakan sebagai panduan dan penunjuk tahap perubahan dan peningkatan sesebuah organisasi tersebut di sepanjang usaha mereka menjalani pelbagai sesi rawatan dan penyembuhan peringkat demi peringkat di sepanjang Program COC ini.
COC- The Power Of Change
(Team Building)
3 Hari 2 Malam
Kebaikan:
- Mengenalpasti punca masalah dalam organisasi
- Menyatukan “mindset” semua kakitangan
- Memberi kesedaran tentang kerja berpasukan dan kepimpinan berkesan
- Menimbulkan kehendak kakitangan ke arah inginkan perubahan
- Memupuk semangat kerja berpasukan
- Menyediakan pelan tindakan susulan untuk pihak pengurusan
Cadangan Peserta
Sesuai untuk organisasi yang ingin menyelesaikan masalah kakitangan yang kurang semangat dan kerjasama yang lemah di kalangan kakitanngan.
COC-Make Things Happen
1 Hari
Kebaikan:
- Bersedia menghadapi cabaran dan perubahan dunia yang sangat pantas
- Meningkatkan motivasi dan kebolehan menetapkan matlamat yang jelas
- Memahami asas-asas kepimpinan dan kepentingannya
- Mengenali “Empat Mindset” (“Growth Mindset”, “Leadership Mindset”, “Business Mindset”, dan “Collaborative Mindset”) yang penting dalam organisasi
- Alat dan strategi praktikal untuk melaksanakan impian
- Optimumkan potensi diri melalui kekuatan dan kelemahan diri yag dikenalpasti
- Meningkatkan prestasi dan produktiviti di tempat kerja
Cadangan Peserta
Dicadangkan agar setiap peserta yang bakal menyertai “Growth Mindset”/“Leadership Mindset”/ “Business Mindset”/ “Collaborative Mindset”/ “TOD4U Champion Premium” untuk terlebih dahulu menyertai sesi ini. Sesi ini adalah sesi pembukaan utuk kesemua pakej yang ditawarkan di bawah Program COC.
COC-The Growth Mindset
2 Hari
Kebaikan:
- Memperkenalkan konsep “Growth Mindset” secara mendalam.
- Membezakan antara “Fixed Mindset” dan “Growth Mindset” dan kaitannya dengan kejayaan
- Mengenalpasti kaitan antara “Growth Mindset” dan sikap positif seseorang.
- Menggunakan “Stick Person” sebagai alat untuk penilaian diri dalam pelbagai aspek kehidupan.
- Mengungkap rahsia keseimbangan dalam mencapai kejayaan dan kebahagiaan menggunakan alat khas yang dipanggil “Wheel of Life”.
- Menentukan aspirasi dan mencipta rancangan tindakan melalui gabungan kepakaran dan kaedah analisis khas.
Cadangan Peserta
Sesuai untuk mereka yang ingin mendapatkan rahsia tentang bagaimana untuk mencungkil potensi diri agar sentiasa cemerlang di tempat kerja dan berjaya mencapai impian dalam hidup.Disarankan agar setiap kakitangan hadir kerana pasukan yang hebat terbentuk daripada gabungan setiap individu yang hebat.
COC- Leadership Mindset
2 Hari
Kebaikan:
- Memahami konsep kepimpinan dan kepentingannya dalam pelbagai konteks.
- Menguasai pendekatan kepimpinan yang berbeza melalui gabungan “Four Energy Theory” dan “ Stick Person”.
- Pengambilan iktibar daripada kisah-kisah kepimpinan sebenar yang dikongsikan.
- Memahami dan menguasai amalan terbaik seorang pemimpin sebenar.
- Mendalami perbezaan antara memberikan lebih sekarang berbanding memberikan lebih kemudian, dan membezakan antara tenaga tinggi dan tenaga rendah dalam kepimpinan.
Cadangan Peserta
Sesuai disertai oleh mereka yang inginkan teknik yang berkesan dalam kepimpinan. Sangat digalakkan jika peserta terlebih dahulu telah menyertai COC-Growth Mindset.
COC-My Leadership Story
1 Hari
Kebaikan:
- Memahani kelebihan dan kelemahan kepimpinan diri sendiri berdasarkan bedah siasat pengalaman sebenar setiap peserta.
- Menentukan tujuan sebenar kepimpinan agar ianya dapat membawa kepada fokus dan motivasi yang lebih besar dalam peranan kepimpinan mereka.
- Mendapat inspirasi daripada pelbagai kisah benar kepimpinan peserta lain.
- Menguasai “Rahsia 9 Langkah” bagi membina kepimpinan berkesan.
- Mendapat gambaran jelas tentang corak kepimpinan dan masa depan yang ingin dicipta serta impak yang ingin dicapai sebagai seorang pemimpin.
Cadangan Peserta
Sesuai untuk disertai oleh peserta yang telah menyertai COC-Growth Mindset dan COC-Leadership Mindset.
COC-Business Mindset
2 Hari
Kebaikan:
- Memahami secara mendalam konsep “Business Mindset” yang sangat penting untuk kejayaan dalam dunia bisnes.
- Memahami secara mendalam tentang sifat produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
- Memahami bagaimana produk atau perkhidmatan yang memberikan nilai kepada pelanggan dan membezakannya daripada pesaing.
- Menambah nilai produk atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan, termasuk “channel”, “customer relationship”, “revenue stream”, “key activities”, “key resources”, “key partners”, dan “cost structure”.
- pemahaman menyeluruh tentang apa yang membentuk sebuah bisnes, komponennya yang berbeza, dan bagaimana ianya berfungsi bersama.
Cadangan Peserta
Sesuai disertai oleh mereka yang ingin memantapkan ilmu dan pengetahuan dalam pembangunan “business model” yang menyeluruh, mantap dan berkesan. Sangat digalakkan jika peserta terlebih dahulu telah menyertai COC-Growth Mindset dan COC-Leadership Mindset.
COC-High Impact Strategic Planning
3 Hari
Kebaikan:
- Mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang kepimpinan yang berkesan.
- Memahami sifat produk dan perkhidmatan yang ditawarkan termasuk nilai yang ditawarkan kepada pelanggan.
- Meningkatkan pemahaman tentang kepentingan kerja berpasukan dan teknik perlaksanaan kerja berpasukan yang mampu meningkatkan produktiviti.
- Memahami analisis dalaman dan luaran yang membantu mencorak masa depan bisnes yang mampan.
- Meneroka “business model” terbaik ke arah mencapai visi dan misi organisasi.
Cadangan Peserta
Sesuai disertai oleh mereka yang ingin mendalami ilmu bagaimana membangunkan “business plan” dan “business model” yang mantap untuk bisnes mereka.
COC-Collaborative Mindset
2 Hari
Kebaikan:
- Memperoleh pengetahuan tentang mengapa kolaborasi penting dalam pelbagai konteks.
- Mengenali cabaran dan halangan dalam kolaborasi.
- Membongkar 3 elemen yang diperlukan dalam kolaborasi
- Mendalami penggunaan alat-alat yang membantu membina kemahiran asas yang diperlukan untuk kolaborasi yang berjaya.
- Memahami secara mendalam peranan kolaborasi dalam kejayaan sesebuah organisasi dan bisnes.
Cadangan Peserta
Sesuai disertai oleh mereka yang mengalami masalah kerjasama dalam pasukan, rasa kurang penting atau tidak mempunyai peranan dalam pasukan dan tidak jelas dengan hala tuju pasukan. Sangat digalakkan jika peserta terlebih dahulu telah menyertai COC-Growth Mindset, COC-Leadership Mindset dan COC-Business Mindset.
COC-Empower Thru Coaching
2 Hari
Kebaikan:
- Memahami definasi dan objektif “coaching”.
- Mengembangkan kemahiran “coaching”.
- Menggunakan Model GROW dalam “coaching”.
- Meningkatkan perbualan dan teknik “coaching”.
- Menggabungkan teori dan amalan dalam “coaching”.
Cadangan Peserta
Sesuai disertai oleh mereka yang telah menyertai COC-Leadership Mindset dan ingin menambah pengetahuan dan kemahiran dalam ilmu bagaimana untuk menjadi seorang pemimpin yang mahir memberikan “coaching” kepada ahli pasukan.
COC-Awareness Before Change
1 Hari
Kebaikan:
- menyedari keperluan untuk berubah dan manfaat yang boleh dihasilkan daripadanya.
- Mengaplikasikan Model ADKAR sebagai kerangka pengurusan perubahan.
- Mengembangkan keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh secara efektif.
- Menggunakan teori dan alatan dalam rutin harian sehingga menjadi sebahagian daripada tingkah laku mereka (DNA).
- Mendalami Kaedah SCIPAB,iaitu pendekatan berstruktur untuk mempengaruhi perubahan secara efektif.
- Menyelaraskan inisiatif perubahan dengan hukum-hukum asas seperti Hukum Getaran &Tarikan, Hukum Memberi & Menerima, dan Hukum Semai & Tuai boleh membawa kepada transformasi yang lebih berjaya dan mampan.
Cadangan Peserta
Sesuai disertai oleh mereka yang telah menyertai COC-Make Things Happen, COC-Growth Mindset, COC-Leadership Mindset, COC-Business Mindset dan COC-Collaborative Mindset.
Saranan
Untuk mendapat impak maksima dari keseluruhan dari program “Culture of Champions” ini,
disyorkan anda mengikuti program seperti aturan dalam rajah di bawah (dari kiri ke kanan):