PENGENALAN
MENGENAI KAMI
Menyedari tentang permasalah yang dihadapi oleh kebanyakan organisasi di Malaysia, khususnya dalam memastikan pembangunan dan kelestarian sesebuah perniagaan, Erzi Teh Mohamad bersama dua sahabat baiknya, iaitu Mior Azli dan Janice Tan mengambil inisiatif mengasaskan The Organisation Doctor atau nama singkatannya TOD4U, bagi membantu sebanyak mungkin organisasi dalam menangani masalah yang dihadapi.
TOD4U telah menginovasikan satu program khas yang dikenali sebagai “Culture of Champions” atau nama singkatannya COC bagi merealisasikan impian untuk menyediakan solusi menyeluruh melalui pendedahan dan perkongsian tentang teknik-teknik dan langkah-langkah yang terbukti berkesan dalam membangun, mengurus dan melestarikan setiap perniagaan dan organisasi.
TOD4U melalui Program COC akan memastikan agar setiap latihan, bimbingan dan pantauan yang disediakan mestilah berorentasikan kepada memenuhi keperluan setiap organisasi bermula daripada pembangunan setiap kakitangan beserta teknik kepimpinan berkesan ke arah pembentukan pasukan yang mantap, pembangunan stategi & rancangan perniagaan yang berkesan termasuk pembangunan model perniagaan yang menyeluruh untuk setiap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan, dan tidak lupa juga pembentukan proses serta pembangunan sistem & teknologi yang bersesuai mengikut keperluan dan kesesuaian setiap organsasi.
Terdapat 5 peringkat yang dikenali sebagai
5K di bawah Program COC.
Setiap organisasi digalakkan untuk melengkapkan keseluruhan peringkat yang mana setiap peringkat telah disusun bersesuaian dengan keperluan setiap organisasi ke arah mencapai pembangunan yang memberangsangkan, kestabilan dan kelestaria perniagaan dan organsasi mereka.
Pakej-pakej Yang Ditawarkan:
Bersesuaian dengan nama kami sebagai “The Organization Doctor” atau singkatannya TOD4U, setiap peserta yang mengikuti Program “Culture Of Champion” atau nama singkatannya COC dianggap sebagai pesakit organisasi yang dimestikan untuk melalui salah satu, sebahagian atau kesemua peringkat rawatan berperingkat yang dikenali sebagai 5K, iaitu Peringkat Kesedaran, Kehendak, Keilmuan, Kebolehan dan Kelestarian.
5K adalah 5 peringkat yang digunakan oleh TOD4U selaku doktor pakar yang mengubati penyakit organisasi bermula daripada proses mengenalpasti penyakit dan punca, memberikan sesi rawatan susulan yang perlu dilalui oleh organisasi tersebut sehingga kepada proses pencegahan agar sakit yang sama tidak akan datang kembali dan organisasi dapat kekal maju di dalam pasaran.
5K akan digunakan sebagai panduan dan penunjuk tahap perubahan dan peningkatan sesebuah organisasi tersebut di sepanjang usaha mereka menjalani pelbagai sesi rawatan dan penyembuhan peringkat demi peringkat di sepanjang Program COC ini.
COC- The Power Of Change
(Team Building)
3 Hari 2 Malam
Sesuai untuk organisasi yang ingin menyelesaikan masalah kakitangan yang kurang semangat dan kerjasama yang lemah di kalangan kakitanngan.
COC-Make Things Happen
1 Hari
Sesi ini adalah sesi pembukaan untuk kesemua pakej yang ditawarkan di bawah Program COC.
COC-The Growth Mindset
2 Hari
Sesuai untuk mereka yang ingin mendapatkan rahsia tentang bagaimana untuk mencungkil potensi diri agar sentiasa cemerlang di tempat kerja dan berjaya mencapai impian dalam hidup.
COC- Leadership Mindset
2 Hari
Sesuai disertai oleh mereka yang inginkan teknik yang berkesan dalam kepimpinan. Sangat digalakkan jika peserta terlebih dahulu telah menyertai COC-Growth Mindset.
COC-My Leadership Story
1 Hari
Sesuai untuk disertai oleh peserta yang telah menyertai COC-Growth Mindset dan COC-Leadership Mindset
COC-Business Mindset
2 Hari
Sesuai disertai oleh mereka yang ingin memantapkan ilmu dan pengetahuan dalam pembangunan “business model” yang menyeluruh, mantap dan berkesan. Sangat digalakkan jika peserta terlebih dahulu telah menyertai COC-Growth Mindset dan COC-Leadership Mindset.
COC-High Impact Strategic Planning
3 Hari
Sesuai disertai oleh mereka yang ingin mendalami ilmu bagaimana membangunkan “business plan” dan “business model” yang mantap untuk bisnes mereka.
COC-Collaborative Mindset
2 Hari
Sesuai disertai oleh mereka yang mengalami masalah kerjasama dalam pasukan, rasa kurang penting atau tidak mempunyai peranan dalam pasukan dan tidak jelas dengan hala tuju pasukan. Sangat digalakkan jika peserta terlebih dahulu telah menyertai COC-Growth Mindset, COC-Leadership Mindset dan COC-Business Mindset.
COC-Empower Thru Coaching
2 Hari
Sesuai disertai oleh mereka yang telah menyertai COC-Leadership Mindset dan ingin menambah pengetahuan dan kemahiran dalam ilmu bagaimana untuk menjadi seorang pemimpin yang mahir memberikan “coaching” kepada ahli pasukan.
COC-Awareness Before Change
1 Hari
Cadangan peserta: Sesuai disertai oleh mereka yang telah menyertai COC-Make Things Happen, COC-Growth Mindset, COC-Leadership Mindset, COC-Business Mindset dan COC-Collaborative Mindset.
Saranan
Untuk mendapat impak maksima dari keseluruhan dari program “Culture of Champions” ini,
disyorkan anda mengikuti program seperti aturan dalam rajah di bawah (dari kiri ke kanan):
Pembangunan Laman Web
& “Customised system"
TOD4U menerima banyak rungutan daripada banyak syarikat perniagaan yang seringkali berhadapan dengan masalah untuk meningkatkan teknologi atau “go automate” untuk perniagaan mereka.
Ini kerana kebanyakan daripada mereka sukar memahami perbezaan di antara satu laman web dengan laman web yang lain dan juga perbezaan di antara satu sistem dengan sistem yang lain yang terdapat di pasaran. Kekeliruan ini adalah punca utama yang menyebabkan ramai yang telah tertipu dan tersalah langkah apabila laman web atau sistem yang dibeli atau ditempah akhirnya tidak menepati kehendak dan keperluan yang bersesuaian dengan “business model” perniagaan mereka.
TOD4U juga bantu anda untuk faham dalam bahasa mudah tentang pembinaan laman web atau sistem yang anda perlukan. Ingin tahu lebih lagi, sila klik, untuk hubungi kami.
I’M THE LADYCEO
Program I’m The LadyCEO adalah salah satu program yang disediakan khas oleh TOD4U untuk membantu seramai mungkin golongan wanita di Malaysia untuk mempersiapkan diri menjadi seorang wanita yang berkarisma. Para peserta akan dibimbing tentang bagaimana untuk bangkit dan mempersiapkan diri agar menjadi seorang wanita bukan sahaja mempunyai penampilan yang menarik tetapi juga turut dilengkapi dengan kewibawaan dan kecekalan yang dibentuk dari luar dan dalam sehingga mereka mampu berdikari dan seterusnya menjana pendapatan dan keluar dari kepompong susah.
Program ini ditaja oleh TOD4U dan untuk sesiapa yang berminat untuk menyertai, boleh klik untuk mendaftar. Pendaftaran adalah PERCUMA.
Pasukan kami akan menghubungi anda untuk menerangkan dengan lebih lanjut dan membantu anda untuk merebut peluang menyertai kursus-kursus yang ditawarkan terutamanya yang ditawarkan PERCUMA.
Aliran Lengkap Program
TESTIMONIAL
“Saya yakin dan impact untuk hari esok sangat besar. Saya rasa sangat bersemangat untuk bekerja pada hari esok dan saya yakin bukan saya seorang yang rasa semangat macam ni. Saya rasa sebak nak tinggalkan sesi 3 hari 2 malam ni sebab saya suka sangat aura Cik Zie”
“Pada mula saya dipilih untuk jadi ketua saya muntah setiap masa tapi hari ni hari terakhir hari ketiga saya dah tak muntah. Bukan mudah nak hilangkan rasa takut dan tak yakin untuk pikul tanggungjawab menjadi seorang ketua. Program ini sangat bagus. Banyak ilmu yang kami dapat terutamanya proses dan kepimpinan yang betul. Selama ni kami kerja main buat walau salah tapi hari ni kami dah tahu apa yang patut diperbetulkan. Sangat jelas”
“Saya sebagai HR di DEFM bersyukur kerana boleh dikatakan 90% kakitangan yang hadir semua bersemangat, terharu dan gembira untuk memulakan tugasan. Saya tak sabar nak melihat perubahan positif yang akan berlaku dalam company saya. Saya bagi rate 10/10 kepada Cik Zie dan team”
“ Saya merasai satu kelainan selepas menghadiri kursus ini. Banyak idea-idea bernas yang kami dapat untuk kami tambah baik perniagaan kami. Seperti yang Cik Zie katakan yang kami sebenrnya lubuk duit yang kami sendiri selama ini tak sedar”
“Ikhlas dari hati saya, sesi ini diharap mampu mengubah kami menjadi pasukan yang baru, bukan pasukan dahulu lagi. Topik business reorganization pagi ni memang betul betul memberi satu ilmu, harapan dan pembaharuan yang saya yakin kami akan capai”